Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Mahkamah Am Bahrain mengeluarkan pernyataan terbaru mengenai Sheikh Isa Qassem dengan menafikan tuduhan bahawa beliau mengumpulkan khumus.
Hakim Ahmad al-Dusari berkata, "Siasatan yang dijalankan oleh mahkamah tentang tuduhan terhadap Sheikh Isa Qassem dan yang lain-lain individu mengenai pengumpulan harta secara tidak sah dan pengubahan wang haram untuk tujuan pengagihan secara sah adalah tidak berkaitan dengan kewajipan khumus."
Tambah beliau lagi, "Tuduhan ini hanyalah berkaitan dengan pengumpulan wang untuk tujuan umum. Sudah ada peruntukan undang-undang untuknya dan orang yang melakukannya hendaklah mendapatkan izin."
Mahkamah umum Bahrain turut mendakwa mereka yang menghadapi tuduhan demikian akan diancam dengan undang-undang pengubahan wang haram.
Al-Dusari menambah, "Sekiranya OKT tidak hadir di mahkamah, maka hukuman akan dikeluarkan sama sebagaimana kehadiran OKT."
Dua hari lalu Mahkamah Bahrain memaklumkan persidangan kedua terhadap Sheikh Isa Qassem memutuskan tarikh perbicaraan pada kerana beliau tidak hadir.
Peguam Fathimah al-Hawwaj berkata, mahkamah akan menjatuhkan hukuman sekiranya Sheikh Isa Qassem tidak hadir di dalam sidang pada 15 September akan datang.
Dalam masa yang sama, komuniti ulama Bahrain mengumumkan, "Rejim Al Khalifah sedang melancarkan peperangan terhadap identiti dan agama rakyat negara ini."
Sambil mengecam tindakan mahkamah yang dianggap cuba menghancurkan sistem keadilan negara, wakil komuniti itu berkata, "Bahrain berada dalam dua ancaman, ancaman yang berkaitan dengan ibu pertiwi dan kedua berkaitan dengan puak, agama dan mazhab, di mana kedua-duanya kelihatan dalam kes Isa Qassem. Rakyat Bahrain terutamanya para ulama sedang melanjutkan perjuangan menghadapi kezaliman, korupsi dan tuntutan hak rakyat yang telah dirampas, termasuk tuntutan kesejahteraan sosial, negara, kemanusiaan dan hak seluruh penduduk."
Ayatullah Sheikh Isa Qassem sebelum ini telah dilucutkan kenegaraannya dan dibuang negara setelah dituduh mengutip wang secara haram.